|
Ledakan teknologi maklumat (ICT) memaksa media cetak dan elektronik melalui evolusinya tersendiri. Saingan yang ketara ini adalah penghasilan kemajuan ICT yang turut dirasai kini.
UMNOtv adalah hasil daripada perkembangan ini dan diharap ia menjadi satu lagi saluran komunikasi yang boleh dimanfaatkan oleh lebih 3 juta ahli UMNO di semua peringkat.
Ia diharap akan menjadi wadah baru bagi UMNO mematlamatkan perjuangan bangsa untuk menjadikan rakyat Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Bagi pelajar-pelajar serta rakyat Malaysia di luar negara, mereka yang dahagakan berita-berita tanahair selama ini, boleh mendapatkannya dari UMNOtv.
Sekian. |