Sekapur Sireh

Ledakan teknologi maklumat (ICT) memaksa media cetak dan elektronik melalui evolusinya tersendiri. Saingan yang ketara ini adalah penghasilan kemajuan ICT yang turut dirasai kini.

UMNOtv adalah hasil daripada perkembangan ini dan diharap ia menjadi satu lagi saluran komunikasi yang boleh dimanfaatkan oleh lebih 3 juta ahli UMNO di semua peringkat.

Ia diharap akan menjadi wadah baru bagi UMNO mematlamatkan perjuangan bangsa untuk menjadikan rakyat Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Bagi pelajar-pelajar serta rakyat Malaysia di luar negara, mereka yang dahagakan berita-berita tanahair selama ini, boleh mendapatkannya dari UMNOtv.

Sekian.

 
Media Player 9.0 atau terkini diperlukan untuk melihat paparan video.
Klik disini atau pada banner untuk memuat turun.
Hantar Komen

 

Send an e-mail to this Contact:












Buletin Umno

Pusat Latihan dan Penyelidikan (CERT)  telah  menganjurkan Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur ke- 5  2008 (KLIFF 2008). Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2008 atau KLIFF 2008 telah dirasmikan hari ini  oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Forum dan Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) 2008 yang bertemakan "Mengiktiraf Belia Memperkasa Bangsa" telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Seminar 'Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Secara Holistik' telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Penyelarasan Dasar Permata Negara, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany telah menganjurkan Rumah Terbuka Deepavali 2008 bertempat di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Majlis yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan Konvensyen Sukan Kebangsaan 2008 hari ini menghormati keputusan yang diambil oleh Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang ingin mengekalkan pelan peralihan kuasa pergerakan tersebut.